Archive for Motivasi

Bukti Cinta Sejati

 yyyyyyyyyyyyyy.jpg

APAKAH anda ingin mengetahui atau menduga sejauh mana pasangan mencintai anda? Berikut adalah petua mengetahui cinta pasangan anda. Jika isteri ataupun pasangan menunjukkan sikap seperti di bawah ini, itu membuktikan cintanya terhadap pasangan sungguh mendalam

*Pasangan yang bercinta iaitu suami dan isteri saling memberi perhatian antara satu sama lain. Selalu berbincang, berjenaka dan selalu bersikap lucu adalah satu komunikasi atau cara berkesan mengekalkan kebahagiaan rumah tangga.

*Suami isteri yang saling mencintai akan menunjukkan cintanya dengan tingkah laku yang lemah lembut setiap hari. Ia boleh ditunjukkan dengan membantu menyiapkan kerja peribadi dan rumah tangga secara bersama.

*Pasangan suami isteri yang mencurahkan cinta dan kasih sayang, mereka selalu mengucapkan sesuatu tentang cinta seperti sayang atau ‘I love you’ ataupun memanggil sesamanya nama kesayangan seperti sayang atau darling.

*Jika seseorang isteri betul-betul cinta terhadap suaminya, dia tidak akan melukai atau menyakiti pasangannya. Ia juga tidak mengungkapkan kata-kata yang menyinggung perasaan suaminya seperti: “Kamu tidak pandai mengurus badan” atau “Kamu terlalu gemuk atau kurus.”

*Suami isteri akan berhubungan dan berbicara secara baik dengan wajah yang berseri-seri dan sikap yang menyenangkan. Misalnya suami memeluk isteri sambil berjalan kaki ketika bersiar-siar kemudian pelukan itu disambut baik oleh isteri.

*Isteri atau suami mencintai pasangannya sesungguh hati yang biasanya perasaan itu kekal dan stabil.

*Seorang pencinta biasanya seorang pendengar yang baik. Dia tidak akan berbicara atau memotong sebelum pasangannya habis berbicara. Dia akan berbicara apabila diminta untuk memberi cadangan.

*Suami isteri sanggup menerima kekurangan pasangan. Isteri yang sangat menyintai suaminya sanggup menerima hakikat keperibadiannya serta cara percakapan suaminya. Ia tidak sekadar menyintai suaminya kerana harta dan wang.

*Orang yang saling menyintai tidak akan berahsia antara satu sama lain tetapi selalu berkongsi suka dan duka untuk menyelesaikan masalah bersama.

*Pasangan yang bercinta sedar perkara yang merunsingkan perasaan pasangannya. Mereka mengerti perasaan masing-masing. Misalnya isteri sedar jika menyampaikan masalah rumah tangga ketika suami letih akan menimbulkan kemarahan pasangannya.

Ciri-ciri lelaki pilihan:

*Taat kepada Allah dan Rasul-Nya.

*Mempunyai ilmu pengetahuan agama.

*Bekerja menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

*Mempunyai sifat berjuang mencapai kecemerlangan dalam hidup.

*Sentiasa membersihkan dirinya daripada sebarang kemungkaran.

*Selalu bertaubat dan memperbanyakkan amalan sunat.

*Tidak takut kepada cercaan orang yang suka mencela.

*Mengetahui dan faham serta mengamalkan segala kewajipannya dengan baik.

*Bersifat lapang dada, penyantun dan pemaaf.

*Jika ia berkahwin, dia dapat melayan isteri dengan baik kerana sebaik-baik suami adalah suami yang paling baik terhadap isterinya.

Comments (5)

Semangat Perjuangan Yang Harmoni

Jika kita mencintai seseorang, kita akan senantiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita. Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta …

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba.
Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan di benakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterimakasih atas karunia tersebut.

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut, tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu, hanya untuk menemukan bahwa pada akhirnya menjadi tidak berarti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan kerana perginya tanpa berkata lagi.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.
Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.

Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta PALSU.

Kemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan kemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.

Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan artinya alam, cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.

Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.

Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam, tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekedar canang yang gemericing.

Cinta adalah keabadian … dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dimiliki.

Siapapun pandai menghayati cinta, tapi tak seorangpun pandai menilai cinta kerana cinta bukanlah suatu objek yang bisa dilihat oleh mata kasar, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta.

Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan didalam dirinya.

Kamu tidak akan pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

Jika saja kehadiran cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

Leave a Comment

Nak Kahwin Tapi Tiada Wang..?

“Arghhhh… Mana aku nak cari duit untuk berkahwin? Duit hantaran sahaja sudah hampir RM5,000. Itu belum kira barang-barang hantaran, mas kahwin, belanja untuk kenduri kahwin, upah mak andam, sewa pelamin dan baju pengantin, sewa kanopi, upah pasukan kompang, upah DJ serta peralatan audio, upah penanggah, bunga telur, kad jemputan dan bermacam-macam lagi la. Pendek kata, berbelas ribu jugalah diperlukan.Aduh! Sudahlah kerja pun tak tetap lagi, setakat kontrak je, duit makan sendiri pun kadang-kadang tak cukup. Inikan pula nak tanggung anak orang.

Hutang motorsikal dan pinjaman pelajaran dulu pun tak habis bayar lagi.

Takkan nak kahwin pun nak buat pinjaman lagi? Jawapnya sampai aku bercicit pun tak habis bayar hutang lagi. ”

Usah pening kepala lagi.. lawati “Arghhhh… Mana aku nak cari duit untuk berkahwin? Duit hantaran sahaja sudah hampir RM5,000. Itu belum kira barang-barang hantaran, mas kahwin, belanja untuk kenduri kahwin, upah mak andam, sewa pelamin dan baju pengantin, sewa kanopi, upah pasukan kompang, upah DJ serta peralatan audio, upah penanggah, bunga telur, kad jemputan dan bermacam-macam lagi la. Pendek kata, berbelas ribu jugalah diperlukan.

Aduh! Sudahlah kerja pun tak tetap lagi, setakat kontrak je, duit makan sendiri pun kadang-kadang tak cukup. Inikan pula nak tanggung anak orang.

Hutang motorsikal dan pinjaman pelajaran dulu pun tak habis bayar lagi.

Takkan nak kahwin pun nak buat pinjaman lagi? Jawapnya sampai aku bercicit pun tak habis bayar hutang lagi. ”

Usah pening kepala lagi.. lawati  http://www.maskahwin.com/index.php?ref=naddin

Leave a Comment

Kehidupan Remaja..Perlukah Disekat..?atau…

Kehidupan Remaja sekarang amat berbeza dengan dunia sekarang, peranan ibubapa dalam ‘menjiwai’  sikap anak adalah salah satu dari strategi untuk membentuk anak menjadi manusia yang berguna untuk keluarga dan masyarakat.

Ibubapa perlu memainkan peranan yang amat penting dan tidak boleh ambil jalan mudah bagi menyelesaikan masalah seperti menghantar anak ke rumah-rumah kebajikan, saya sendiri bekerja yang berkaitan dengan kebajikan sedih bila melihat anak gadis yang umur sekitar 18 baru lepas sekolah terpaksa dibagi kaunseling untuk membaiki diri dengan masalah yang menimpa dirinya.

Pada pandagan saya yang telah agak berkecimpung dengan masalah remaja sekarang amat kecewa dengan segelintir ibubapa yang selalu salahkan anak jika timbul sesuatu perkara yang boleh merosakkan nama baik dia, adakah munasabah perkara ini disalahkan anaknya, masalahnya sekarang anak gadisnya masih muda dan masih memerlukan bimbingan ibubapa untuk terus hidup dalam dunia yang penuh cabaran..Pada pandangan anda sekalian patutkah anak disalahkan atau ibubapa atau juga masyarakat..

salahkah anak..betulkan ibubapa..salah semua..

Comments (1)

Every Day is Mother Day..

The love of a mother is unlike any other, as is the touch, the care, and the role a mother fills to forever serve her family.Before I continue in this vein of celebrating and acknowledging the gift of motherhood, let me say to those who never had the privilege of experiencing this intimate part of life – I am sorry that you missed out on experiencing the love a mother gives.I further realized and acknowledge that not every person has had a good or great experience with his or her mom, so to you I am also sorry that you were robbed of such a powerful and enriching experience.To all the mothers who never gave up on their children, I salute you! You are our champions, our heroes, our lifelines, our refuges and our support. Thank you for never giving up on us, thank you for being there when everyone else may have quit on us, thank you for going without, so that we could be clothed, and fed. Thank you for rising early and staying up late, and for demonstrating your love for us in tangible ways. Thank you for forgiving us when we blew it, lied to you, disappointed you, or made you angry. Thank you for the sacrifices you made that we will never know about.Thank you for being great role models, for your patience, your acts of kindness, your hugs, your kisses, your smile, and for filling our homes with laughter. Thank you for creating healthy memories for us to hold unto. Thanks for brushing our hair, bathing us, washing our clothes, cooking our yummy suppers, and baking the best bread. Thank you for making our house a home, and thank you for your constant presence and resounding words that echoes in our hearts, years after we’ve left the nest that reminds us that we can so do it, and to never quit or give up.Thank you for always being here – a listening ear, and for always, always being positive and for helping us to see the better and brighter picture.My day could be at its worst, I could be down for whatever reason, and it could be compared to a dark, rainy, stormy day. So miserable that all you want to do is to stay indoors, then mom calls, or an email is received, or her voice surfaces within your soul and all of a sudden, it is sunny. In an instant my attitude and outlook changes, and like the lyrics of an oldie goes – “I can see clearly now the rain is gone, I can see all obstacles in my way…all of the dark clouds that had me down…it’s going to be a bright, bright sun shiny day.” Mothers, take a bow, you are the best because you are our champions and fill the best office in the world. Happiest Mothers Day, today and always! 

Leave a Comment