Archive for Makluman

Sudah Berpindah Dan Ada Kejutan!

Pada pembaca blog ini (www.taqiyuddin.wordpress.com  telah pun berpindah ke URL baru, anda boleh klik pada

15 Disember 2007 bersama hari Jumaat dan anda semua boleh mengunjungi saya di http://www.taqiyuddin.com dan sila tinggalkan email anda pada kotak yang disediakan untuk menerima pelbagai ebook yang menarik!

HARAP MAKLUM KAMI TELAH BERPINDAH KE

WWW.TAQIYUDDIN.COM

Leave a Comment

Gerak Usahawan Nasional 2007

gu2.gif

 

Tarikh: 25 – 26 Ogos 
Masa: 9.00 pagi – 6.00 petang 
Tempat: Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur
Di Rasmikan: Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi
————————————————————————————–Sesi Klinik dan Konsultansi: Ianya merupakan sesi bagi pengunjung mendapatkan maklumat terperinci, khidmat nasihat, bimbingan secara personal serta menyelesaikan masalah mereka dengan agensi yang berkaitan. Setiap bahagian dan agensi yang mengambil bahagian akan menugaskan pegawai mereka untuk melayan pengunjung yang memerlukan perkhidmatan di booth mereka. Satu ruang runding cara yang bersesuaian akan disediakan untuk tujuan tersebut. Pada masa yang sama mereka dapat mempromosikan program dan aktiviti mereka kepada umum. Bengkel-bengkel semasa Gerak Usahawan Nasional:

  • Bengkel “Strategi Pemasaran & Promosi Yang Berkesan Dan Kos Efektif”
  • Bengkel “Peluang Perniagaan: Contract Farming & Contract Manufacturing”
  • Bengkel “Melipatkangandakan Keuntungan Melalui Peningkatan Produk”
  • Bengkel “Sumber-sumber Pembiayaan Memula dan Mengembangkan Perniagaan”
  • Peluang-Peluang Perniagaan Melalui Koperasi
  • Sesi Bersama Tokoh Usahawan Ternama
  • Sesi Bersama Dr. Irfan Khairi

Syarikat-syarikat yang ingin mencari pengedar, stokis atau ejen perniagaan sertailah sebagai pemamer.Tempat Adalah Terhad.
Berdasarkan, Siapa Cepat Dia Dapat
Muat turun borang penyertaan terus dari blog ini :http://www.mecd.gov.my/files/GU/2007/BrgPenyertaanBengkelGU2007

Comments (5)

Apa Itu Spam

‘Spam’ atau email komersial yang tidak diundang. bukan sekadar membayangi penggunaan internet dan menyerap sumber perniagaan, malah ia juga memberi impak kepada pengguna dirumah, secara umumnya ‘spam merujuk kepada salinan mesej yang sama tetapi banyak jumlahnya dan dihantar kepada orang-orang yang tidak mahu menerimanya. ia mengenakan kos yang sedikit terhadap pengirim untuk menghantarnya dan tidak seperti mel samaph konvensional yang kebanyakannya kos dibayar penerima atau pengangkut.

Pengguna mungkin sudah biasa dengan pelbagai mesej menarik yang diterima daripada spam dalam talian. sesiapa sahaja boleh menerimanya termasuk kanak-kanak. hari ini, ramai kanak-kanak pada semua peringkat umur memiliki emel akaun sendiri. mereka inilah yang kadang-kadang terdedah kepada spam yang tidak senonoh atau lucah. jadi lindungilah anak anak daripada melihat sesuatu yang tidak berfedah.

Leave a Comment

Perintah Khidmat Masyarakat-JKM-(CSO)

KUALA LUMPUR: Perintah Khidmat Masyarakat dijadikan sebagai hukuman pilihan terhadap semua kesalahan membabitkan pesalah berumur antara 18 hingga 21 tahun.

Selain itu, orang awam boleh membuat laporan polis di mana-mana saja termasuk menerusi anggota polis yang sedang meronda. Polis pula perlu menyatakan status penyiasatan dalam tempoh empat minggu selepas laporan dibuat.

Ini antara beberapa peruntukan baru dalam pindaan Kanun Acara Jenayah yang dibentangkan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad (gambar) di Dewan Rakyat, semalam.

Mengikut pindaan Seksyen 293, tempoh khidmat masyarakat yang boleh dikenakan ialah tidak melebihi 240 jam dan pelaksanaan perintah itu dipertanggungjawabkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Radzi berkata, cadangan perintah itu dikemukakan sebagai satu pilihan bagi pemulihan pesalah muda, selain hukuman penjara.

“Pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat yang dicadangkan itu berdasarkan model dari Singapura,” katanya.

Beliau berkata, subseksyen 107 (1) pula dipinda bagi memudahkan orang awam membuat laporan polis berikutan banyak aduan diterima mengenai kesukaran atau sikap tidak acuh polis menerima laporan.

Bagaimanapun, syor supaya laporan polis dibenarkan dibuat melalui e-mel, laman web, khidmat pesanan ringkas (SMS) atau telefon tidak dapat diterima kerana pengadu perlu menandatangani laporan itu.

“Tatacara ini bertujuan mengelakkan orang awam membuat laporan palsu yang juga satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan,” katanya.

Radzi berkata, pindaan kanun itu turut memasukkan seksyen baru 107A bagi membenarkan orang awam yang membuat laporan, meminta polis menyatakan status penyiasatan laporan berkenaan.

“Pemberi maklumat boleh melaporkan kepada pendakwa raya jika polis gagal memberi laporan mengenai kedudukan penyiasatan itu,” katanya.

Polis dan agensi penguat kuasa lain juga hanya boleh melakukan empat jenis pemeriksaan tubuh terhadap tahanan, iaitu secara menepuk, menanggalkan pakaian, intim dan intrusif berikutan pengenalan seksyen baru 20A.

“Tatacara pemeriksaan tubuh itu akan dimasukkan sebagai Jadual kepada kanun itu dan ia boleh dipinda oleh menteri bertanggungjawab berhubung hal ehwal keselamatan melalui satu perintah,” katanya.

Radzi berkata, pengenalan Seksyen 28A pula mewajibkan polis memberi kemudahan kepada seseorang yang ditangkap untuk menghubungi peguam dan ahli keluarga dalam tempoh 24 jam serta memaklumkan sebab tangkapan dibuat.

Seksyen 117 juga dipinda bertujuan memendekkan tempoh reman kepada empat hari untuk permohonan pertama dan tidak melebihi tiga hari bagi permohonan kedua bagi kesalahan yang membawa hukuman penjara tidak lebih 14 tahun.

Bagi kesalahan yang membawa hukuman mati atau hukuman penjara 14 tahun atau lebih, majistret diberi kuasa membenarkan reman tidak melebihi tujuh hari bagi permohonan pertama dan kedua.

“Bagi mengukuhkan hak orang kena tangkap, mereka diberi peluang untuk diwakili seorang peguam semasa prosiding reman bagi memastikan orang kena tangkap tidak direman selanjutnya tanpa alasan yang kukuh dan munasabah,” katanya.

Beliau berkata, seksyen 295(1A) pula mengkehendaki mahkamah mengarahkan pesalah seksual di bawah seksyen 376, 377C atau 377E menjalani pengawasan polis bagi tempoh tidak kurang daripada setahun dan tidak melebihi tiga tahun selepas tamat menjalani hukuman penjara.

Seksyen baru 295A juga diperkenalkan bertujuan mengadakan peruntukan khusus bagi membolehkan mahkamah membuat perintah kaunseling pemulihan sebagai tambahan kepada perintah di bawah subseksyen 295(1A).

“Perintah itu hanya boleh dikenakan kepada pesalah yang dihukum di bawah seksyen 376, 377C, 377CA atau 377E Kanun Keseksaan,” katanya.

SUMBER : BERITA HARIAN, 14 JULAI 2006

Leave a Comment

Gaji Naik ,Barang Pun Naik..Dan Cara Mengatasinya…Saya Ada Cara :)

 mh_01_small.jpg

Para pembaca sekalian, kenaikan gaji adalah suatu perkara yang amat mengembirakan rakyat Malaysia yang merupakan kakitangan awam. Kenaikan gaji yang boleh dikatakan boleh tahan adalah baik jika dibandingkan dengan lansung tidak naik, bahkan bukan saja gaji pokok yang naik tapi elaun kola (elaun sara diri ) pun turut naik 100%…!

Terima kasih kepada Kerajaan kerana faham akan kesusahan yang sudah lama ditangung. Bagi peniaga pula walaupun tidak dalam kerjaya sebagai kakitangan awam dia tetap juga boleh bergembira kerana barangan pun turut sama naik secara ‘mendadak’.Apa pula bagi kakitangan Swasta yang tidak termasuk dalam golongan yang tidak naik gaji?

Bukan saja kecewa bahkan pening untuk memikirkan situasi sebegini, dan pada anda yang mempunyai ramai anak dan tangungan lagi akan kecewa kerana situasi ini adalah perkara yang amat berat walaupun saya masih lagi bujang. Walaupun saya masih lagi bujang tapi saya tetap terasa bahana kenaikan harga barang yang boleh dikatakan naik secadara mendadak..!

Saya dah agakkan yang gaji naik barangan pun akan naik sama kerana gaji dan barang ada ‘pertalian darah’..Jadi perkaran yang boleh menyelesaikan perkara yang kita alami sekarang ini adalah melabur !Tapi ingat…bukan pelaburan yang telah diharamkan oleh kerajaan tempoh hari,bukan pelaburan yang tidak ada asal usul,bukan pelaburan skim cepat kaya..(semua ini mengarut saja!!)..

Pelaburan yang saya maksudkan adalah pelaburan yang sangat bijak, kadang-kadang kita tidak boleh terangkan dengan detail so pembaca sekalian tengok la apa yang terjadi.. klik 🙂 http://www.unitamanah.com/agen/idevaffiliate.php?id=337
 

Comments (3)

Qistina Perlu DiBantu..

 Adik Qistina Ku Sayang..Bersabarlah..

 qistina.jpg

Sebagai seorang insan yang baru dilahirkan, terutamanya ibubapa sangat mengharapkan seorang insan yang sempurna dari segi fizikal dan mental, kadang-kadang ada yang mendapat cabaran adn dugaan dari Allah S.W.T untuk hidup dan menerima kenyataan.

 Qistina dilahirkan lebih kurang 6 bulan lepas dan menjadi buah hati pengarang jantung bagi sepasang suami isteri, Hazrol dan isteri. Lebih-lebih lagi, Qistina adalah anak sulung kepada pasangan ini. Kehadiran Qistina dalam kehidupan mereka mengeratkan lagi kasih sayang dan hubungan antara suami isteri ini.

Panas yang disangka ke petang, rupa-rupanya Qistina disahkan mengidap penyakit HEPATOBLASTOMA sejenis penyakit barah hati yang jarang-jarang berlaku pada kanak-kanak. Saya menyeru kepada sahabat-sahabat e-biz sekalian untuk membantu Qistina bagi mendapatkan rawatan Kemoterapi dan pembedahan yang memakan perbelanjaan sekitar RM100 000.

Untuk maklumat dengan lebih lanjut lagi layari  http://www.qistina.org/

Leave a Comment