Archive for Kemasyarakatan

(Perintah Khidmat Masyarakat)-Jalani kerja kebajikan — Hukuman pilihan pesalah juvana selain penjara, denda

Oleh: NORIZAN ABDUL MUHID

KUALA LUMPUR 3 Jan. – Berkuat kuasa serta-merta, mana-mana pesalah juvana yang melakukan kesalahan jenayah ringan akan menjalani hukuman kerja-kerja kebajikan.

Kerja-kerja itu ialah seperti mengemas, mengecat bangunan pusat kebajikan, membersih dan membasuh tandas di mana-mana 30 pusat kebajikan dan rumah orang tua di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Konsep hukuman baru itu iaitu Perintah Khidmat Masyarakat adalah pilihan kepada hukuman penjara kepada pesalah juvana berusia 18 hingga 21 tahun.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pelaksanaan hukuman baru itu berdasarkan pindaan Seksyen 293 Kanun Acara Jenayah yang diluluskan oleh Parlimen pada Julai tahun lalu.

‘‘Konsep hukuman baru ini diwujudkan bagi memberi pilihan dan peluang kepada remaja terbabit membetulkan kesilapan mereka, penjara bukan penyelesaian kepada kesalahan yang mereka lakukan.

‘‘Bagaimanapun, terpulang kepada mahkamah untuk menetapkan hukuman sesuai kepada mereka kerana ini hanya hukuman alternatif selain penjara dan denda kepada mana-mana pesalah juvana,’’ katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat yang baru diperkenalkan oleh kerajaan ini berdasarkan model dari Singapura yang terkenal dengan ketegasan dalam menangani gejala sosial di kalangan remaja negara itu.

Cadangan mewujudkan hukuman Perintah Khidmat Masyarakat disebut pertama kalinya di Parlimen pada 13 Julai tahun lalu oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Mohd. Radzi Sheikh Ahmad yang menekankan hukuman itu hanya sebagai pilihan bagi memulihkan pesalah muda selain hukuman penjara.

Setakat ini di bawah Akta Mahkamah Juvana 1947 memperuntukkan remaja berusia bawah 18 tahun yang didapati bersalah oleh Mahkamah Juvana kerana melakukan jenayah akan dihantar ke pusat pemulihan akhlak seperti Sekolah Henry Gurney, Melaka.

Selain itu, kata Shahrizat, di bawah hukuman Perintah Khidmat Masyarakat, pesalah juvana dikehendaki melakukan kerja-kerja kebajikan tidak melebihi 240 jam di mana-mana institusi di JKM.

‘‘Sebagai contoh, pesalah juvana ini akan diarah datang ke mana-mana pusat kebajikan yang ditetapkan oleh mahkamah sekurang-kurangnya dua kali seminggu bagi menjalankan kerja-kerja kebajikan seperti mencuci tandas atau menjaga orang-orang tua,’’ katanya.

Menurutnya, kementerian diberi tanggungjawab penuh melaksanakan hukuman tersebut dan bagi tujuan itu, bahagian Perintah Khidmat Masyarakat diwujudkan di ibu pejabat JKM bagi melancarkan operasi pelaksanaan.

‘‘Kementerian merasakan pesalah muda ini perlu diberi pilihan untuk membetulkan kesilapan melalui kerja-kerja kebajikan dan bantuan kaunseling bagi menginsafkan diri mereka.

‘‘Sebagai permulaan, pelaksanaan hukuman ini akan dilaksana di bawah organisasi JKM sahaja, kita bercadang memperluaskannya di agensi kerajaan lain seperti pihak berkuasa tempatan (PBT), sekolah dan hospital,’’ ujarnya

Advertisements

Leave a Comment

Bantu Lah Sesama Kita

Nama saya adalah Badruzamani Bin Azmi. Dilahirkan pada 26 Mei 1976 di Batas Liku Arau, Perlis. Saya merupakan anak kedua daripada 7 adik beradik. Saya mula menulis blog sejak Jun 2006. Blog ini merupakan blog ketiga saya dan merupakan blog pertama saya yang menggunakan WordPress. Saya mula mengenali HTML sejak tahun 1999 dan mula serius membeli hosting berbayar pada Ogos 2006 apabila laman web saya di hosting percuma mengalami pelbagai masalah teknikal.

Pada tahun 1995, saya terlibat dalam kecelakaan jalan raya. Ketika itu, saya sedang menuntut dalam jurusan Sijil Elektrik Kuasa di Politeknik Sultan Abdul Halim Mua’adzam Syah(POLIMAS), Jitra. Sebelum kecelakaan itu, saya dalam perjalanan pulang dari melawat bekas guru saya di Sekolah Menengah Vokasional Arau pada pagi 30 April 1995.

Akibat kecelakaan itu, saya mengalami patah tulang belakang dan disahkan oleh doktor, lumpuh kekal dari paras pinggang ke bawah. Tulang bahu kanan saya pernah patah. Hampir 2 tahun, saya berada di Hospital Pulau Pinang sebelum saya mampu menulis semula. Kini kecederaan saya di bahu sudah sembuh sepenuhnya.

Tetapi, akibat tidur terlalu lama di atas katil hospital dan di dapat bergerak dalam tempoh yang lama kerana patah tulang belakang, kulit belakang saya melecet dan lebam yang sangat teruk. Jadi, doktor telah buang kesan lebam itu dan menyebabkan ‘luka besar’ (bedsore) yang sukar sembuh sehingga sekarang. Oleh kerana di bahagian luka itu, saya tidak merasa sakit (sebab patah tulang belakang / lumpuh), jadi tidaklah ‘meraung’ setiap hari. Namun kos untuk membeli seperti kapas, pampers, kain gauze, ubat / krim aloo vera dan sebagainya, memerlukan kos yang banyak setiap bulan.

Namun saya cuba untuk berjimat dan berusaha sejak tahun lepas untuk menambah pendapatan melalui laman web ini dan laman RahsiaNiaga.Com. . Saya cuba menyakinkan diri saya bahawa untuk berjaya perlu ada usaha, selalu berdoa, kena ada ilmu dan akhir sekali bertawakal kepada Allah dengan penuh sabar dan tabah. Itulah yang saya ‘pegang’ sebelum ini.

Tetapi, bila saya lihat akaun Maybank saya pada 30 Mei 2007 hanya tinggal RM 1.33, sedangkan ubat untuk luka dan kain gauze sudah habis, bil Streamyx dan bil telefon belum dijelaskan lagi dan gas memasak dah habis, saya pening kepala. Boleh ka saya bersabar lagi?

Jika anda prihatin dan kasihan dengan masalah saya sekarang, bantulah seikhlas anda. Saya harap bantuan anda sekalian. Walaupun tak banyak yang mampu anda beri, saya tetap menghargai sumbangan anda. Semoga Allah membalas segala jasa baik anda sekalian. Amin…

Sila salurkan sumbangan anda ke akaun Maybank Al – Wadiah saya bernombor : 162021342824.

Terima kasih banyak – banyak kepada anda semua membantu saya. Semoga Allah murahkan rezeki anda sekalian. Amin…

Yang benar,

Gambar saya sekarang!

Badruzamani Bin Azmi,
1, Lorong Machang 4,
Taman Machang Manis,
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.

Comments (3)

Kenapa Maksiat Berlaku

 

 benci20maksiat1.jpg

Sejak akhir-akhir ini banyak maksiat berlaku dan yang paling kita kecewa adalah pendidikan daripada ibubapa daripada statistik yang telah dibuat kurang memberi pendidikan tentang agama dan bahana seks.

Kita mungkin menggangap perkara ini biasa bagi kita sekarang tapi bagi saya perkara ini akan menyebabkan negara kita porak peranda seperti yang telah berlaku dinagara-negara yang sebelum ini dilanda Tsunami, itu adalah utusan atau amaran Allah S.W.T kepada manusia.

Tapi kita memberi tanggapan yang berbeza bila benda seumpama ini berlaku, benda ini adalah penting bagi kita untuk mengambil tahu serta mengawal serta mencegah dari benda ini terud merebak ke dalam diri ataupun orang yang terdekat.

Negara Malaysia sebagai negara Islam perlu mengambil tindakan sewajarnya membendung gejala ini supaya gejala ini tidak suatu kepada negara kita .

Wasslam.

Leave a Comment