Kisah Seram Si Pemancing

Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau
ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat
situ.

Satu hari masa minum kat kedai
kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu
lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu
agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi
pinggir hutan.

Tengahari tu, Ajis dah bersiap
nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan
bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis
bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu
Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia
terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat
Asar.

tak lama kemudian Ajis nampak
sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia
berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu. Ajis segera
mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak
habis.

Masa Ajis di rakaat yg kedua,
Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang,
“Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?” bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis
terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau
tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia
ni. Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak
tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org
ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.

Syukur, Ajis dah berada
di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis
meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba
Ajis tersedar.

hehehe…rupa- rupanya dia
terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat,
bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam,
bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis
sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat
semacam.

Terus Ajis blah macam tu ajer,
tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri
sajalah jawabnya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: