Bukti Cinta Sejati

 yyyyyyyyyyyyyy.jpg

APAKAH anda ingin mengetahui atau menduga sejauh mana pasangan mencintai anda? Berikut adalah petua mengetahui cinta pasangan anda. Jika isteri ataupun pasangan menunjukkan sikap seperti di bawah ini, itu membuktikan cintanya terhadap pasangan sungguh mendalam

*Pasangan yang bercinta iaitu suami dan isteri saling memberi perhatian antara satu sama lain. Selalu berbincang, berjenaka dan selalu bersikap lucu adalah satu komunikasi atau cara berkesan mengekalkan kebahagiaan rumah tangga.

*Suami isteri yang saling mencintai akan menunjukkan cintanya dengan tingkah laku yang lemah lembut setiap hari. Ia boleh ditunjukkan dengan membantu menyiapkan kerja peribadi dan rumah tangga secara bersama.

*Pasangan suami isteri yang mencurahkan cinta dan kasih sayang, mereka selalu mengucapkan sesuatu tentang cinta seperti sayang atau ‘I love you’ ataupun memanggil sesamanya nama kesayangan seperti sayang atau darling.

*Jika seseorang isteri betul-betul cinta terhadap suaminya, dia tidak akan melukai atau menyakiti pasangannya. Ia juga tidak mengungkapkan kata-kata yang menyinggung perasaan suaminya seperti: “Kamu tidak pandai mengurus badan” atau “Kamu terlalu gemuk atau kurus.”

*Suami isteri akan berhubungan dan berbicara secara baik dengan wajah yang berseri-seri dan sikap yang menyenangkan. Misalnya suami memeluk isteri sambil berjalan kaki ketika bersiar-siar kemudian pelukan itu disambut baik oleh isteri.

*Isteri atau suami mencintai pasangannya sesungguh hati yang biasanya perasaan itu kekal dan stabil.

*Seorang pencinta biasanya seorang pendengar yang baik. Dia tidak akan berbicara atau memotong sebelum pasangannya habis berbicara. Dia akan berbicara apabila diminta untuk memberi cadangan.

*Suami isteri sanggup menerima kekurangan pasangan. Isteri yang sangat menyintai suaminya sanggup menerima hakikat keperibadiannya serta cara percakapan suaminya. Ia tidak sekadar menyintai suaminya kerana harta dan wang.

*Orang yang saling menyintai tidak akan berahsia antara satu sama lain tetapi selalu berkongsi suka dan duka untuk menyelesaikan masalah bersama.

*Pasangan yang bercinta sedar perkara yang merunsingkan perasaan pasangannya. Mereka mengerti perasaan masing-masing. Misalnya isteri sedar jika menyampaikan masalah rumah tangga ketika suami letih akan menimbulkan kemarahan pasangannya.

Ciri-ciri lelaki pilihan:

*Taat kepada Allah dan Rasul-Nya.

*Mempunyai ilmu pengetahuan agama.

*Bekerja menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

*Mempunyai sifat berjuang mencapai kecemerlangan dalam hidup.

*Sentiasa membersihkan dirinya daripada sebarang kemungkaran.

*Selalu bertaubat dan memperbanyakkan amalan sunat.

*Tidak takut kepada cercaan orang yang suka mencela.

*Mengetahui dan faham serta mengamalkan segala kewajipannya dengan baik.

*Bersifat lapang dada, penyantun dan pemaaf.

*Jika ia berkahwin, dia dapat melayan isteri dengan baik kerana sebaik-baik suami adalah suami yang paling baik terhadap isterinya.

5 Comments »

  1. ktom said

    Din, bagaimana pula dengan jenis lelaki yg tak pandai nak ucapkan kata sayang tu? Tp yg sebenarnya dia syg..tp tak boleh sebut..hanya tindakannya sahaj yg menunjukkan kasih sayang tp kadang2 tu susah nak faham orang cam ni kan….

    Din, pasangan bercinta dan pasangan suami isteri banyak perbezaannya. Bak kata pepatah…masa bercinta tu semuanya bau harum…tp bila dah bertahun kahwin..semuanya jadi hapak…

    Jadi, beringat2 lah supaya yg harum itu tidak menjadi hapak.

    Ktom doakan anda berdua bahagia selalu.

  2. Kasyah said

    ktom: kak,saya pernah alami seperti ini..hehe. ada laki yg tak suka luahkan sayang dia dari mulut, they’re prefer do action than talk. kalau perempuan lemah@senang dipuji lelaki lain…habislah…😀

    din: semoga berbahagia dgn pasangan tercinta.

  3. taqiyuddin said

    ktom >> tidak dinafikan kahwin dan bercinta banyak perbezaan, tapi kita perlu ingat..perbezaan semua ini semuanya datang dari kita. Yang tidak suka meluahkan sememangnya suka tunjuk dengan perbuatan..

    kasyah >> lelaki jangan dimainkan perasaan dia kerana kebanyakkan lelaki tidak mahu kejatuhan ego dan selalunya mereka akan melakukan sesuatu sehingga puas apa yang terpendam…

    moga yang bercinta dan yang berkahwin bahagia dan jangan ada perkataan curang dalam hubungan..

  4. shueqry said

    asmkm Din..

    Very great post!

    oh ya, muka depan 777 Malaysian Links dah ada, skang proceed di fasa 2. Link ke blog ni kaler ijau..

    – shueqry –
    all for one, one for all

  5. taqiyuddin said

    okeh..
    nanti ada apa2 bagitau k..

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: