Usahawan laman web kecil, jualan online hangat

Membina laman web adalah permulaan bagi menuju kejayaan dalam e-perniagaan. Apabila anda mempunyai laman web, ia merupakan seperti mempunyai kedai di pusat membeli–belah yang besar. Tanpa pelawat di kedai online anda, anda tidak berpeluang menjual produk anda walau betapa hebatnya produk anda!

Oleh itu, kita memerlukan peruntukan sumber kita untuk mempromosi dan memasarkan laman web. Terdapat pelbagai alatan yang tersedia ada, bergantung kepada belanjawan, masa, dan objektif.

Langkah pertama untuk mendapatkan lebih aliran pelawat ke laman web, bermula dengan nama domain. Anda akan sedar bahawa beberapa laman web seperti http://www.geocities.com/member/1234 tidak mempunyai nama domain tersendiri. Daftarkan nama domain anda yang bersesuaian dengan nama syarikat, atau industri untuk menjamin jenama dan imej. Jika pemilik laman web tidak melaburkan AS$70 untuk mendapatkan nama domain, dia nampaknya seperti tidak serius tentang perniagaan onlinenya dan akan mempunyai kesan yang buruk terhadap imej syarikat ini.

Anda boleh dapatkan nama domain antarabangsa, .com, .net, hanya pada kadar AS$70 untuk pendaftaran selama 2 tahun atau nama domain tempatan Malaysia, .com.my, .net.my pada kadar RM100 setahun. Pelaburan ini untuk mebjaga imej laman web anda. Sebagai contoh, Sebagai contoh, www.WebHostingMalaysia.com, www.InternetMarketingCoaching.com, dan www.2Sars.com

Kemudian, pastikan laman web anda didaftarkan dalam enjin pencarian antarabangsa (contoh Google), direktori (contoh Yahoo!) dan tempatan. Sudah terbukti kebanyakan aliran trafik ke laman web yang masih berpandukan enjin pencarian dan direktori. Anda tidak perlu mendaftarkan laman web anda di semua enjin pencarian dalam internet. Terdapat beribu-ribu laman web yang melabelkan laman web sendiri sebagai enjin pencarian! Hanya fokuskan kepada 15 enjin pencarian teratas dan jadikan laman web anda antara yang tersenarai di pangkat enjin pencarian. Anda boleh lakukannya sendiri atau mengupah perunding.

Apa sekalipun caranya, sebelum meneruskannya, anda perlu membaca dengan lebih lanjut tentang proses bagaimana mendaftar di enjin pencarian dan kriteria kejayaan. Ia bukanlah sekadar metatag tetapi (beberapa perunding yang diupah akan memberitahu anda) atau sekadar nama domain. Pelbagai enjin pencarian dan direktori mempunyai set kriteria tentang apakah laman web yang perlu mereka tambahkan ke pangkalan data mereka. Ia menampakkan perbezaan yang ketara sama ada anda berada di tempat ke 1001 atau ke 11 di dalam keputusan pencarian. Jika anda tersenarai di dalam keputusan pencarian yang amat bawah, maka anda perlu fokuskan kepada cara mendapatkan kedudukan antara yang teratas.

Anda sepatutnya membuat segala kemungkinan untuk mendapatkan alamat email pelawat, menyertai keahlian anda dan berdaftar untuk mendapatkan berita terkini. Jika senarai tersebut berjumlah kecil, katakan 300 email, anda boleh menggunakan Outlook Express untuk menghantar emel kepada mereka. Walau bagaimanapun, jika ahli anggota anda meningkat, ia adalah lebih mudah sekiranya menggunakan perkhidmatan yang professional atau perisian email. Pemasaran email tidak hanya melibatkan penghantaran email tentang produk terbaru anda, tetapi ia adalah satu langkah untuk meningkatkan ahli anda dan memberikan mereka maklumat dengan tawaran yang menarik. Kejayaan formula pemasaran emel termasuk informasi terkini, tawaran istimewa dan topic menarik. Keberkesanan pemasaran email meningkat sekiranya perutusan yang disampaikan dikhususkan khas untuk pembaca, contoh ”Kepada Fione” dalam kandungan dan subjek daripada menggunakan yang biasa “Kepada pelanggan yang budiman”.

Lain-lain alatan pemasaran menerusi Internet yang amat penting ialah penyertaaan dalam kumpulan perbincangan atau forum. Hanya layari enjin pencarian, seperti Yahoo! Groups. Anda seharusnya memilih kumpulan / forum dengan teliti dan menilai samada kumpulan ini mempunyai prospek untuk menjual produk / perkhidmatan online anda. Apabila menyertai kumpulan, anda seharusnya berhati-hati semasa ingin mengadakan promosi atau iklan. Hanya meletakkan pesanan tandatangan (signature message) anda tanpa memberikan nilai kepada ahli – ahli lain hanyalah satu usaha sia- sia. Anda haruslah menyertai kumpulan, membina perhubungan di situ dengan cara berusaha membantu ahli-ahli lain mendapatkan jawapan bagi setiap persoalan mereka. Dengan perhubungan ini, para pengguna akan memilih untuk menggunakan produk dan perkhidamtan anda kerana lebih percaya dengan anda. Ini adalah proses yang berterusan, dan anda akan hanya melihat kesan ini pada jangka masa yang panjang, maka anda perlulah bersabar.

Satu konsep peningkatan aliran trafik yang selalu disalah tafsirkan ialah terlalu meletakkan focus atas pemasaran online, dan mengabaikan pemasaran tradisional. Ia amat mengelirukan sekiranya peniaga mempunyai laman web tetapi tidak menyenaraikan nama domain di atas kad nama atau dokumen syarikat, contohnya surat syarikat, invois, dan di kedai anda. Kadang-kadang, para pekerja sendiri tidak perihatin kepada laman web! Anda perlu focus atas prospek anda. Jika gunakan promosi tradisional, tawarkan insentif kepada mereka yang melayari laman web anda. Sebagai contoh, anda menjalankan perniagaan restoran, laman web anda seharusnya mempunyai baucer diskaun untuk ahli mencetak dan menuntut tawaran tersebut di restoran anda.

Saya selalu mendengar komen dari tuan punya perniagaan yang kecil bahawa laman web mereka tidak berfungsi. Kebenaran di sini, mereka sendiri tidak memberikan peluang kepada laman web. Tuan punya laman web perlulah bertanggungjawab untuk mempromosi laman web sebanyak yang dilakukan untuk promosi perniagaan secara fizikal. Jangan salahkan yang lain. Tingkatkan aliran trafik pelawat ke laman web anda dengan komitmen dan kreativiti

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: