Cara mudah untuk mempromosi produk anda menerusi laman web

Apabila anda merancang untuk memulakan perniagaan edagang menerusi internet, pastikan anda memilih rakan yang mampu memberikan perkhidmatan melalui pelbagai cadangan dan alatan penyelesaian. Dalam artikel ini, kami akan fokus atas Langkah Pertama

1. Dapatkan nama domain sendiri
Nama domain merupakan identiti anda di Internet. Beribu nama domain didaftarkan setiap hari. Rebut peluang anda sekarang sebelum terlambat. Walaupun anda tidak mempunyai laman web, anda seharusnya mendaftar nama domain anda terlebih dahulu.

Kos : AS$70 untuk 2 tahun (.com, .net, .org)

Kes S
Saya telah mendengar pelbagai masalah yang berkaitan dengan nama domain, dan inilah salah satunya. Satu syarikat di Taiwan, bercadang untuk mendaftarkan nama domain dan Vendor telah menawarkan mereka diskaun sekiranya nama domain mereka didaftarkan mengguna nama Vendor sebagai pemilik domain. Maka syarikat berkenaan bersetuju memandangkan pilihan tersebut lebih menjimatkan kos. Selepas setahun, perniagaan Vendor tidak berjalan dengan baik dan meminta syarikat berkenaan membayar bayaran tambahan untuk pindah milik nama domain tersebut kepada syarikat terbabit. Syarikat itu menolak permintaan tersebut, dan tidak lama selepas itu, Vendor diisytiharkan muflis. Akhirnya syarikat tersebut tersangkut dengan laman web yang tidak boleh dikemaskini (dengan nama domain yang bukan milik mereka). Mereka tidak pilihan selain menunggu tarikh tamat nama domain tersebut dan mendaftarkan nama domain di bawah butiran mereka sendiri.

Cadangan : Berhati-hati dengan siapa yang anda gunakan untuk pendaftaran nama domain. Kebanyakan syarikat mungkin menawarkan anda diskaun yang hebat bagi pendaftaran nama domain tetapi berhati-hati dengan perkara seperti di bawah:

Nama domain anda tidak disetkan kepada nama pemilik syarikat di dalam database WHOIS
– anda akan kehilangan hak milik yang sah terhadap nama domain tersebut dan akhirnya kerugian

Anda dikenakan bayaran tambahan apabila merancang untuk memindah milik nama domain

Di antara nama domain yang meraih jualan terbaik termasuklah:

Business.com AS$7.5 juta
Altavista.com AS$3.3 juta
Autos.com AS$2.2 juta
Wallstreet.com AS$1 juta
AsSeenOnTv.com AS$5.1 juta
Wine.com AS$2.9 juta
Express.com AS$1.8 juta
Rock.com AS$1 juta

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: