Akibat Cukai Pendapatan

Jatuh dan bangun pernigaan kita bergantung pada usaha dan strategi perniagaan kita, contoh yang paling dekat dengan saya yang mampu saya ceritakan tentang kejatuhan perniagaan orang cina dalam masa 3jam!

Rabu lepas lebih kurang pukul 11.30pagi datang seorang Uncle cina pada saya mohon bantuan kewangan, pada mulanya saya malas la layan sebab saya sedang bekerja nanti bos nampak saya yang kena. Dia mohon bantuan kewangan dan saya tanya dia kenapa tidak bekerja saja kalau nak duit.

Bermula lah Uncle tuh cerita pada saya, dia cakap lebih kurang 9tahun yang lalu dia buka perniagaan dekat Cheras, perniagaan dia bersama syarikat perfileman Hong Kong (kaya bab!) dan dia ambil kontrak dan ambil kebenaran untuk tayangkan filem luar untuk dalam pasaran Malaysia, so saya tanya kenapa Uncle tak kerja dan kenapa perniagaan itu tidak membawa langsung kekayaan padanya.

Dia mulanya sedih nak cerita, dan bagitahu saya dia tidak bayar cukai pendapatan bertahun lamanya. Dia tunjuk surat dari jabatan yang berkenaan dan nilai yang harus dibayar mencecah setengah juta..saya tepuk dahi tengok, dia pun bagitahu saya dia ada wang dalam akaun luar negara tapi telah ditipu oleh anak sendiri.

Anak dia lelaki datang pada dia dan mohon RM 300,000 nak backup bisnes dia kat kajang, dia pun bagi la(sapa tak percaya pada anak sendiri) dan anak dia lesap tidak tahu kemana..

Saya pun buat permohonan bantuan bagi Uncle tuh dia pun ucap terima kasih kerana bagi masa dia luahkan luahan hati yang sudah lama terpendam.

So, pengajaran banyak yang boleh kita ambil, diatas contoh bila perniagaan sudah kukuh benda macam cukai pendapatan tidak mahu bayar,macam-macam..

p/s : Uncle tuh mamber pada ayah kawan saya, so dia datang pejabat saya moho bantuan dan sambil tuh luahkan masalah dia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: