Budak Buat Google Adsense..!

google adsenseMinggu lepas saya ada “tersilap” masuk ke forum umum dan saya terlihat nickname #Livert# saya terus masej dekat nickname tu, dekat 10 minit ada respon.

Memandangkan perbualan di forum melibatkan banyak pihak saya pun memilih untuk bertanyakan saudara #Livert# mengenai ID Yahoo Masengger, dengan tidak sombong dia bagi saya ID dia, jadi saya pun terus add nama dia dekat saya punya YM (Yahoo Masengger).
Saya pun tanya dia asal mana dia cakap asal Kelantan sama la dengan saya and than saya tanya la dia pendapat dia mengenai perniagaan Internet, dia cakap verry good! Saya pun tanya dia lagi adakah dia berminat, dia jawab walaupun dia masih lagi bersekolah namun dia sudah lama menjana wang dari Google Adsends!
Fuhh!!Saya pun belum mahir dalam Google Adsends, dia yang baru nak ambil SPM dah buat Adsends dekat 1 tahun setengah. Saya tanya dia dari mana dia belajar dia, dengan tidak sombong dia bagitau saya dia belajar buat Adsends ini dari sebuah ebook dari seorang usahawan internet dari sebuah laman web tempatan!
Memang Google Adsends ini bagi sesetengah usahawan internet sudah ‘basi’ atau sudah lama tapi itu tidak boleh diambil kira dalam perniagaan internet, kenapa?
Kerana sesebuah perniagaan tidak akan ada nokhtah dalam mempromosikan produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh seseorang usahawan itu. Bagi saya sendiri walaupun masih dalam pembelajaran dalam menjana wang dari Google Adsends tapi sekurang-kurangnya benda ini kita lakukan akan mendapat kejayaan dan kegagalan bukan ukuran dalam sesebuah perjuangan, yang penting usaha yang berterusan.
Cara promosi dalam perniagaan internet terlalu luas jika dibandingkan dengan perniagaan luar ( Buka kedai @ MLM ). Agak lama juga saya berchatting dengan #Liver# atau nama panggilan dia Nadia. Ha? Budak perempuan rupanya?
Selama anda membaca anda ingat lelaki, dan selama saya berchatting saya juga tertipu oleh jantina dia, maapkan saya kerana baru pecah rahsia hehe..banyak benda yang saya kongsi dengan Nadia dan saya telah belajar secara berchatting tentang Adsends tanpa bertemu muka,bercakap telefon dan cara penyampaiannya kepada saya sungguh mudah saya fahami.
Sepatutnya Nadia layak saya panggil Guru Internet kepada saya kerana banyak benda yang saya tidak tahu dia ajar sehingga saya dapat mendalami sesuatu yang baru. Dalam artikal yang akan datang saya akan bongkar rahsia bagaimana nadia menjana wang melalui Google Adsends seorang diri dalam sebuah bilik dengan sebuah laptop melalui sebuah ebook! Dari mana Nadia dapat panduan buat Google Adsends

4 Comments »

  1. Labanon FlareBiz said

    Wah siape yer? leh bagi ID YM dier? Saya pun berminat nak belajar😛

  2. unclesox said

    forum apa tu?

  3. taqiyuddin said

    Jumpa dalam http://www.wangcyber.com yang Shuth tuh, jumpa dalam bulan 1 tahun nih tapi lepas chat 2 bulan lansung dia tak online taktau la dia tukar ID ke dia pergi PLKN ke mana ke..so, kalau dia online Din akan bagi email n ID YM k.
    moga berjaya !

  4. Aspire said

    huhuhu hebat nyer dia, satu perkembangan yang baik… tmbah lagi satu IM malaysia yang mude remaja…😀

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: