Archive for Perniagaan

How to make your site visitors come back for more

What’s the easiest way to make your site visitors come back for more and more and more?

The answer? Spend just a couple of hours each week building a massive website filled with content… content… content.

You heard me say it over and over again… content is number one. The more beneficial information you offer to your site readers, the more they will want to return to see what’s new. The idea here is to capture the attention of your visitors and hold on to it. This can be done in a number of ways.

1. Use free content
This is the cheapest way to find content for your site. There are literally tons of websites, known as article directories, where you can source free articles covering a wide variety of topics. The articles are posted with the understanding that the members can use them as they please, just as long as you do not edit or delete the resource box. The most preferred way to getting free content, is to join an affiliate program that offers free, pre-written content for members to use.

The main benefit of using free content is that you are spared the task of writing it yourself.

One such Company, MoreNiche, provides their affiliates with new article updates on an on-going basis to keep content fresh. If affiliate marketing is new to you, and this is your first attempt at setting up a website, then joining a site like MoreNiche would be the most suitable option for you to choose. Free content will really jump-start your affiliate marketing business and get the profits rolling in.

2. Use Private Label Content
A tad bit restrictive, private label content (or PLC) refers to a variety of media including articles, user manuals and E-books. Unlike free content sites, private label content is available for a fee. The site user is usually required to pay for the right to use the site. A subscription fee, of sort. In addition, users of private label content have to indicate that the media is being used with the author’s permission, cannot claim ownership of it, and cannot submit the articles to free articles databases.

Although, the restrictions may seem like a problem, there is a special benefit to using PLC that is often overlooked.

When you use private label content, you don’t necessarily have to include a resource box. The benefit of this is that your readers remain with you all the time. There is no web address inviting your visitors to leave your site and go to theirs.

3. Build a mailing list
Whether you choose to use free content sites or PLC sites, there is a way to use the articles to keep your visitors coming back for more.

To begin building a mailing list, start by subscribing to an email auto responder service that will send your articles to subscribers on a timed schedule. The sites will have tutorial pages to walk you through the steps of uploading your articles to their database and setting up an opt-in box. Most successful affiliate marketers use auto responders to apply a “free crash course in…” strategy to build their mailing lists. If you use this method to build your list, you should use the PLC articles to train your subscribers.

Try downloading at least 25 to 45 articles to use in your auto responder campaign. The articles should cover your niche as well as provide an incentive to return to your site. Try something like “read more about…” or “get a free copy of…”

The action terms should convince your subscriber that it will be in their best interest if they return to your site. Be sure to include your site URL so that your subscriber can return to your site in a single click.

The techniques presented here are proven, sound methods that are being used to create unlimited wealth for many. Apply them to your business and you will see results faster than you can imagine.

Gregorio Garcia lives in Florida with his wife of 7 years, Sherise, and has been helping people promote their internet- and home-based businesses since 1998. An active and successful Affiliate Marketer, Gregorio has built teams of Associates for organizations such as Global Domains International (GDI), MoreNiche, WorldNiche, GenBucks, Worldprofit, Reliv International, Quantum International (UK), Symmetry International (JA), just to name a few. To learn more about affiliate marketing and niche markets, visit his current site at http://www.wealthyresults.ws

Comments (2)

Usahawan laman web kecil, jualan online hangat

Membina laman web adalah permulaan bagi menuju kejayaan dalam e-perniagaan. Apabila anda mempunyai laman web, ia merupakan seperti mempunyai kedai di pusat membeli–belah yang besar. Tanpa pelawat di kedai online anda, anda tidak berpeluang menjual produk anda walau betapa hebatnya produk anda!

Oleh itu, kita memerlukan peruntukan sumber kita untuk mempromosi dan memasarkan laman web. Terdapat pelbagai alatan yang tersedia ada, bergantung kepada belanjawan, masa, dan objektif.

Langkah pertama untuk mendapatkan lebih aliran pelawat ke laman web, bermula dengan nama domain. Anda akan sedar bahawa beberapa laman web seperti http://www.geocities.com/member/1234 tidak mempunyai nama domain tersendiri. Daftarkan nama domain anda yang bersesuaian dengan nama syarikat, atau industri untuk menjamin jenama dan imej. Jika pemilik laman web tidak melaburkan AS$70 untuk mendapatkan nama domain, dia nampaknya seperti tidak serius tentang perniagaan onlinenya dan akan mempunyai kesan yang buruk terhadap imej syarikat ini.

Anda boleh dapatkan nama domain antarabangsa, .com, .net, hanya pada kadar AS$70 untuk pendaftaran selama 2 tahun atau nama domain tempatan Malaysia, .com.my, .net.my pada kadar RM100 setahun. Pelaburan ini untuk mebjaga imej laman web anda. Sebagai contoh, Sebagai contoh, www.WebHostingMalaysia.com, www.InternetMarketingCoaching.com, dan www.2Sars.com

Kemudian, pastikan laman web anda didaftarkan dalam enjin pencarian antarabangsa (contoh Google), direktori (contoh Yahoo!) dan tempatan. Sudah terbukti kebanyakan aliran trafik ke laman web yang masih berpandukan enjin pencarian dan direktori. Anda tidak perlu mendaftarkan laman web anda di semua enjin pencarian dalam internet. Terdapat beribu-ribu laman web yang melabelkan laman web sendiri sebagai enjin pencarian! Hanya fokuskan kepada 15 enjin pencarian teratas dan jadikan laman web anda antara yang tersenarai di pangkat enjin pencarian. Anda boleh lakukannya sendiri atau mengupah perunding.

Apa sekalipun caranya, sebelum meneruskannya, anda perlu membaca dengan lebih lanjut tentang proses bagaimana mendaftar di enjin pencarian dan kriteria kejayaan. Ia bukanlah sekadar metatag tetapi (beberapa perunding yang diupah akan memberitahu anda) atau sekadar nama domain. Pelbagai enjin pencarian dan direktori mempunyai set kriteria tentang apakah laman web yang perlu mereka tambahkan ke pangkalan data mereka. Ia menampakkan perbezaan yang ketara sama ada anda berada di tempat ke 1001 atau ke 11 di dalam keputusan pencarian. Jika anda tersenarai di dalam keputusan pencarian yang amat bawah, maka anda perlu fokuskan kepada cara mendapatkan kedudukan antara yang teratas.

Anda sepatutnya membuat segala kemungkinan untuk mendapatkan alamat email pelawat, menyertai keahlian anda dan berdaftar untuk mendapatkan berita terkini. Jika senarai tersebut berjumlah kecil, katakan 300 email, anda boleh menggunakan Outlook Express untuk menghantar emel kepada mereka. Walau bagaimanapun, jika ahli anggota anda meningkat, ia adalah lebih mudah sekiranya menggunakan perkhidmatan yang professional atau perisian email. Pemasaran email tidak hanya melibatkan penghantaran email tentang produk terbaru anda, tetapi ia adalah satu langkah untuk meningkatkan ahli anda dan memberikan mereka maklumat dengan tawaran yang menarik. Kejayaan formula pemasaran emel termasuk informasi terkini, tawaran istimewa dan topic menarik. Keberkesanan pemasaran email meningkat sekiranya perutusan yang disampaikan dikhususkan khas untuk pembaca, contoh ”Kepada Fione” dalam kandungan dan subjek daripada menggunakan yang biasa “Kepada pelanggan yang budiman”.

Lain-lain alatan pemasaran menerusi Internet yang amat penting ialah penyertaaan dalam kumpulan perbincangan atau forum. Hanya layari enjin pencarian, seperti Yahoo! Groups. Anda seharusnya memilih kumpulan / forum dengan teliti dan menilai samada kumpulan ini mempunyai prospek untuk menjual produk / perkhidmatan online anda. Apabila menyertai kumpulan, anda seharusnya berhati-hati semasa ingin mengadakan promosi atau iklan. Hanya meletakkan pesanan tandatangan (signature message) anda tanpa memberikan nilai kepada ahli – ahli lain hanyalah satu usaha sia- sia. Anda haruslah menyertai kumpulan, membina perhubungan di situ dengan cara berusaha membantu ahli-ahli lain mendapatkan jawapan bagi setiap persoalan mereka. Dengan perhubungan ini, para pengguna akan memilih untuk menggunakan produk dan perkhidamtan anda kerana lebih percaya dengan anda. Ini adalah proses yang berterusan, dan anda akan hanya melihat kesan ini pada jangka masa yang panjang, maka anda perlulah bersabar.

Satu konsep peningkatan aliran trafik yang selalu disalah tafsirkan ialah terlalu meletakkan focus atas pemasaran online, dan mengabaikan pemasaran tradisional. Ia amat mengelirukan sekiranya peniaga mempunyai laman web tetapi tidak menyenaraikan nama domain di atas kad nama atau dokumen syarikat, contohnya surat syarikat, invois, dan di kedai anda. Kadang-kadang, para pekerja sendiri tidak perihatin kepada laman web! Anda perlu focus atas prospek anda. Jika gunakan promosi tradisional, tawarkan insentif kepada mereka yang melayari laman web anda. Sebagai contoh, anda menjalankan perniagaan restoran, laman web anda seharusnya mempunyai baucer diskaun untuk ahli mencetak dan menuntut tawaran tersebut di restoran anda.

Saya selalu mendengar komen dari tuan punya perniagaan yang kecil bahawa laman web mereka tidak berfungsi. Kebenaran di sini, mereka sendiri tidak memberikan peluang kepada laman web. Tuan punya laman web perlulah bertanggungjawab untuk mempromosi laman web sebanyak yang dilakukan untuk promosi perniagaan secara fizikal. Jangan salahkan yang lain. Tingkatkan aliran trafik pelawat ke laman web anda dengan komitmen dan kreativiti

Leave a Comment

Cara mudah untuk mempromosi produk anda menerusi laman web

Apabila anda merancang untuk memulakan perniagaan edagang menerusi internet, pastikan anda memilih rakan yang mampu memberikan perkhidmatan melalui pelbagai cadangan dan alatan penyelesaian. Dalam artikel ini, kami akan fokus atas Langkah Pertama

1. Dapatkan nama domain sendiri
Nama domain merupakan identiti anda di Internet. Beribu nama domain didaftarkan setiap hari. Rebut peluang anda sekarang sebelum terlambat. Walaupun anda tidak mempunyai laman web, anda seharusnya mendaftar nama domain anda terlebih dahulu.

Kos : AS$70 untuk 2 tahun (.com, .net, .org)

Kes S
Saya telah mendengar pelbagai masalah yang berkaitan dengan nama domain, dan inilah salah satunya. Satu syarikat di Taiwan, bercadang untuk mendaftarkan nama domain dan Vendor telah menawarkan mereka diskaun sekiranya nama domain mereka didaftarkan mengguna nama Vendor sebagai pemilik domain. Maka syarikat berkenaan bersetuju memandangkan pilihan tersebut lebih menjimatkan kos. Selepas setahun, perniagaan Vendor tidak berjalan dengan baik dan meminta syarikat berkenaan membayar bayaran tambahan untuk pindah milik nama domain tersebut kepada syarikat terbabit. Syarikat itu menolak permintaan tersebut, dan tidak lama selepas itu, Vendor diisytiharkan muflis. Akhirnya syarikat tersebut tersangkut dengan laman web yang tidak boleh dikemaskini (dengan nama domain yang bukan milik mereka). Mereka tidak pilihan selain menunggu tarikh tamat nama domain tersebut dan mendaftarkan nama domain di bawah butiran mereka sendiri.

Cadangan : Berhati-hati dengan siapa yang anda gunakan untuk pendaftaran nama domain. Kebanyakan syarikat mungkin menawarkan anda diskaun yang hebat bagi pendaftaran nama domain tetapi berhati-hati dengan perkara seperti di bawah:

Nama domain anda tidak disetkan kepada nama pemilik syarikat di dalam database WHOIS
- anda akan kehilangan hak milik yang sah terhadap nama domain tersebut dan akhirnya kerugian

Anda dikenakan bayaran tambahan apabila merancang untuk memindah milik nama domain

Di antara nama domain yang meraih jualan terbaik termasuklah:

Business.com AS$7.5 juta
Altavista.com AS$3.3 juta
Autos.com AS$2.2 juta
Wallstreet.com AS$1 juta
AsSeenOnTv.com AS$5.1 juta
Wine.com AS$2.9 juta
Express.com AS$1.8 juta
Rock.com AS$1 juta

Leave a Comment

Rahsia Multi Level Marketing Malaysia

Salam sejahtera,

Buat julung-julung kalinya sebuah buku MLM terkenal diterjemahkan dari English ke dalam bahasa Malaysia.

“Big Al Tells All: The Recruiting System (Sponsoring Magic)” adalah karya pakar MLM antarabangsa yang terkenal, Tom “Big Al” Schreiter. Setelah sekian lama buku ini hanya difahami sekiranya anda mahir dalam Bahasa Inggeris.

Namun, sekarang tidak lagi.

Hadiah berharga ini adalah untuk sesiapa yang sedang mengusahakan perniagaan MLM tetapi kurang bahan rujukan dalam Bahasa Malaysia untuk maju… dan untuk sesiapa yang berfikir untuk memperolehi pendapatan lumayan melalui MLM.

Anda tahu?

Rakan baik saya dan juga seorang internet marketer Malaysia yang disegani, Zamri Nanyan, berjaya meyakinkan jutawan MLM terbilang, Tom Schreiter, untuk menterjemah dan menerbitkan buku ini ke dalam format pdf untuk rakyat Malaysia.

Fikirkan sejenak!

Bukannya mudah untuk berkawan rapat dengan tokoh MLM terbilang ini – jauh sekali untuk meyakinkan beliau untuk membenarkan buku beliau diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia.

Zamri Nanyan berjaya melakukannya dan sekarang anda bakal memperolehi satu sistem kejayaan MLM yang dipraktiskan oleh Tom Schreiter sendiri.

Beliau menggunakan sistem ini untuk membina “multi-million dollar” empayar MLM beliau dengan gemilangnya.

Anda bagaimana?

Sekarang, usah tunggu lagi.

Saya syorkan anda mendapatkan ebook Rahsia Sistem Merekrut MLM ini sebelum lebih ramai membongkar rahsia kejayaan jutawan MLM dari USA ini.

Lawati laman web di bawah untuk mendapatkan ebook hebat ini:

http://www.rahsiamlm.com/index.php?ref=naddin

Comments (1)

BAB 2:Program Internet

Kaedah kedua untuk membuat duit di internet adalah melalui program-program internet.Kaedah ini adalah lebih mudah untuk dilakukan jika dibandingkan dengan kaedah yang pertama iaitu “membina perniagaan internet”.

Program internet ini pula. boleh dikategorikan kepada beberapa jenis, iaitu :-

  • Program Pengiklanan
    • Google Adsense
    • Text-Links-Ads
    • Bidvertiser
    • Nuffnang
    • Advertlets
  • Program Affiliate
    • Clickbank
    • Commision Junction
    • PayDotCom
    • Amazon.com

  • Internet MLM
  • Get Paid To Program
    • Get Paid to Read Email
    • Get Paid to Surf
    • Get Paid to Survey
  • Randomizer
  • Forced Matrix

Nota : Hijau – Boleh Dipercayai , Oren – Perlu Berhati-hati , Merah – Lari jauh-jauh.

Program Pengiklanan

Program pengiklanan seperti google adsense, bidvertiser, text-link-ads , nuffnang dan yang lain-lain, adalah merupakan sebuah program pengiklanan yang menghubungkan antara “pihak penerbit iklan” dengan “pihak pembeli iklan”. Jika anda ingin membuat duit di internet menerusi program pengiklanan ini, anda perlulah menjadi pihak “Penerbit Iklan”, atau lebih dikenali sebagai “Publisher”.

Sebagai seorang “publisher”, anda dikehendaki untuk menyediakan sedikit ruang di website anda, untuk diletakkan iklan-iklan dari program-program pengiklanan yang anda sertai. Pihak penganjur program pengiklanan seperti google, text-links-ads, bidevrtiser dan sebagainya, akan membayar anda berdasarkan kaedah yang ditetapkan, iaitu sama ada mengikut bilangan klik , bilangan paparan atau pun mengikut kiraan hari berapa lama iklan tersebut di paparkan di website anda.

Duit yang digunakan untuk membayar anda itu pula, sebenarnya, bukanlah datang dari pihak penganjur, tetapi duit-duit tersebut, sebenarnya datang dari pihak-pihak pembeli iklan (pihak-pihak yang ingin mengiklankan website/produk mereka). Jadi, disini, jelas dapat di lihat dari mana sumber datangnya duit tersebut dan kemana ia disalurkan. (Dari poket pembeli iklan, ke penganjur program, dan seterusnya ke poket anda, kerana sudi memaparkan iklan mereka).

 

Program Affiliate

Di dalam perniagaan konvensional, ada sesetengah pemilik perniagaan yang melantik jurujual-jurujual serta agen-agen untuk membantu mereka mempromosikan serta menjual produk mereka kepada orang ramai. Agen-agen yang berjaya membuat jualan pula, akan diberikan sedikit komisyen hasil daripada harga jualan produk tersebut.

Di internet, jurujual-jurujual serta agen-agen ini, dipanggil “affiliate”.

Manakala, program affiliate pula, ialah sebuah program yang disediakan oleh pemilik-pemilik website perniagaan, bagi melantik individu-individu seperti anda untuk menjadi agen mereka. Proses pendaftaran sebagai agen kepada sesebuah program affiliate ini biasanya adalah percuma. Anda tidak akan dikenakan sebarang bayaran untuk mendaftar sebagai agen mereka.

Setelah mendaftar sebagai agen di dalam sesebuah program affiliate, anda akan dibekalkan dengan satu URL yang mempunyai ID anda. Tugas anda, hanyalah mempromosikan URL tersebut. Apabila ada orang yang meng”klik” pada URL anda dan kemudiannya, membeli produk yang dijual di website tersebut, anda akan diberikan komisyen.

Itulah penerangan ringkas mengenai program affiliate, anda mendaftar sebagai agen di sesebuah website yang menjalankan “perniagaan internet”, dan kemudiannya, mempromosikan URL affiliate ID anda. Jika ada pembeli, anda akan diberikan komisyen.

Satu ciri utama yang perlu anda tahu tentang program affiliate ialah, program affiliate yang sah tidak mempunyai banyak tingkat (tier). Maksimun tingkat (tier) yang dibenarkan untuk program affiliate hanyalah 2 tingkat (2nd tier) sahaja. Ini kerana, program affiliate lebih mengutamakan kepada jualan produk dan komisyen yang diberikan juga adalah berdasarkan hasil bilangan jualan produk, dan bukannya dari bilangan “downline” yang diperolehi. Jadi, jika ada website yang mendakwa mereka menjalankan program affiliate dan peringkat (tier) affiliate mereka lebih dari 2, iaitu kadangkala sehingga mencecah 5-8 peringkat. Usah sertai! Itu adalah skim piramid yang cuba memperbodohkan anda dengan istilah “Affiliate Program” .

 

Internet MLM

Kini, Industri MLM “Multi-Level-Marketing” juga tidak ketinggalan untuk menggunakan internet sebagai sebuah medium pemasaran. Banyak syarikat-syarikat MLM yang telah mempunyai website mereka sendiri serta turut menyediakan kemudahan pejabat secara maya untuk kegunaan ahli-ahli mereka.

Namun begitu, industri MLM pada masa kini sudah agak parah, ini kerana banyak syarikat-syarikat MLM telah dijangkiti oleh skim-skim piramid yang seringkali menggunakan “lesen AJL” untuk sesebuah syarikat MLM sebagai topeng mereka.

Komisyen yang sepatutnya dibayar berdasarkan “jualan produk” kini sudah ditukar dan dibayar berdasarkan “bilangan agen baru” yang dapat ditaja. Jadi, tidak hairanlah jika dilihat, mengapa penggiat-penggiat MLM masa kini, bermati-matian mencari ahli baru untuk di jadikan downline mereka daripada memasarkan & menjual produk-produk keluaran syarikat MLM itu sendiri.

Ayat-ayat jualan yang sepatutnya menerangkan tentang keistimewaan produk seperti “Produk ini berkualiti! berkhasiat dan dijamin halal” kini ditukar kepada “Jadilah jutawan MLM tanpa perlu menjual produk, tanpa perlu membuat “maintain” bulanan dan juga tanpa perlu datang mesyuarat setiap minggu!”, “Hanya perlu daftar jadi ahli dengan yuran RMXXX dan cari 2-3 orang rakan sahaja! dan anda akan menjadi jutawan dalam masa beberapa bulan!”

Jadi, berhati-hati lah jika anda ingin menyertai mana-mana syarikat MLM di zaman ini, mempunyai “Lesen AJL” dari kementerian perdagangan sahaja belum mencukupi untuk membuktikan mereka adalah sebuah syarikat MLM yang tulen. Ini kerana, banyak syarikat-syarikat MLM yang mengemukakan pelan pemasaran yang berbeza sewaktu mereka ingin memohon lesen dari kementerian. Selepas dapat lesen, lain pula pelan pemasarannya. Sebab itulah, anda boleh lihat, pelan pemasaran yang diterangkan di dalam ceramah-ceramah mereka amat berbeza sekali dengan pelan pemasaran yang tercatat di dalam booklet keahlian mereka.

Saya pernah menulis dengan panjang lebar mengenai “Skim Piramid yang bertopengkan MLM” ini, untuk bacaan lebih lanjut, anda boleh lihat disini http://www.wangcyber.com/forum/showpost.php?p=2657&postcount=2

 

Program “Get Paid To…” (GPT)

Ini satu lagi kaedah buat duit di internet, tetapi terus terang saya katakan, program-program ini, kebanyakkannya adalah tipu dan hanya akan membuang masa anda. Ada sesetengah programGPT ini, yang menawarkan anda sehingga USD100 untuk anda membaca setiap email yang dihantar. Usah mudah percaya dan kelabu mata, tanya dulu.. “Dari mana mereka dapat duit untuk membayar USD 100 kepada anda bagi setiap email?”. Dari pihak pengiklan? Maaf cakap, tapi dalam dunia perniagaan, tiada peniaga yang sebodoh itu yang sanggup membayar USD100 kepada setiap orang yang membaca email iklan mereka.

Tujuan sebenar penganjur program-program “get paid to..” ini sebenarnya hanyalah untuk mendapatkan alamat email anda dan kemudiannya menjualkannya kepada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawap. Akibatnya, inbox email anda akan menerima banyak email-email SPAM (email tidak diundang) yang mengandungi iklan-iklan seperti viagra, pil ectasy, dadah, website lucah, software murah serta seseorang yang mendakwa dirinya pentadbir harta kerajaan nigeria yang baru sahaja kematian raja.

Jadi, usah membazirkan masa anda dengan program-program seperti ini. Tiada orang yang menjadi kaya hasil menyertai program-program seperti ini.

Program Randomizer

Ini pula satu program buat duit di internet yang menggabungkan “skim cepat kaya” & “program perjudian”. Untuk membuat duit dari program ini, anda perlu “menderma” dan sekaligus mendaftar sebagai ahli mereka, dan kemudiannya, anda dikehendaki mencari rakan yang lain untuk turut “menderma” (menjadi mangsa) ke dalam program ini.

Kepada siapa wang anda perlu di”derma”kan? Pertama, kepada penganjur program tersebut, kedua.. kepada individu yang menjemput anda untuk menyertai program ini.. dan ketiga… kepada mana-mana ahli yang akan dipilih secara rawak oleh sistem. Ikut nasib… kalau nama anda terpilih, maka dapatlah duit.. kalau tidak.. cari lagi “mangsa” yang lain.

 

Program Forced Matrix

Ini pula skim piramid yang dijalankan di internet secara terang-terangan. Tetapi ramai yang tertipu dengan perkataan “forced matrix” yang digunakan, konon-kononnya, ianya adalah sebuah program yang canggih, maklumlah namanya pun sudah canggih. Hakikatnya, ianya adalah skim piramid. Di dalam program forced matrix ni, mangsa dikehendaki membayar duit sebagai ahli dan kemudiannya mencari 2-10 orang untuk dijadikan downline mereka. Mereka akan menyusun 5 orang pada level 1 dibawah mereka, setelah lengkap level 1 dengan 5 orang mangsa, maka mangsa yang ke-6 akan diletakkan di level ke-2 pula, pada level kedua ini, mereka perlu mencari seramai 25 orang mangsa. Begitulah seterusnya, semakin banyak level, semakin banyaklah mangsa yang diperlukan. Apa yang ahli-ahli program forced matrix ini tidak sedar ialah, program ini sebenarnya akan menjadi tepu pada level yang ke-13, itu pun jika seluruh penduduk dunia menyertainya. Tetapi, selalunya, ia akan tepu pada level yang ke 6 & 7. Mengapa? sebabnya.. tidak ramai orang-orang yang “bodoh” di internet yang mahu menyertai program-program seperti ini. Yang peliknya, mereka yang kurang bijak yang menyertai skim ini akan berkata “Tidak mengapa! Kita perlu berusaha dengan lebih kuat lagi mempromosikan program ini, insyallah… segala usaha kita akan berhasil!”… Usaha apanya? Program dah tepu… nak usaha apa lagi?

Berikut adalah ilustrasi susunan ahli skim piramid yang digunakan oleh program “forced matrix 5″

pyramidschemems.jpg

Apabila program ini tepu pada level ke 6 (sebab tiada lagi orang “kurang pandai” yang dapat diperdayakan) , maka, 55,944 orang akan rugi (level 3-6) dan hanya 42 orang sahaja yang akan untung (level 1 – 2). Jadi, nasihat saya, jauhkan diri anda dari program-program seperti ini, ini kerana, anda tidak akan tahu di level mana anda berada apabila anda menyertai program tersebut.

 

Leave a Comment

BAB 1:Perniagaan Internet

 

2146351029.jpg 

Satu kaedah yang paling pasti untuk membolehkan anda membuat duit di internet adalah dengan menjalankan perniagaan anda di internet. Perniagaan internet tidak jauh berbeza konsepnya dengan perniagaan konvesional. Anda masih memerlukan produk untuk dijual dan memerlukan pelanggan untuk membeli. Apa yang berbeza hanyalah proses transaksi urusniaga tersebut, dimana, transaksi tersebut dijalankan secara online. Pihak pembeli dan penjual tidak bersemuka dan berada beribu-ribu batu jauhnya.

Perniagaan internet pula boleh dibahagikan kepada 2 bentuk. Iaitu , sama ada “perniagaan yang berasaskan” produk ataupun “perniagaan yang berasaskan perkhidmatan”.

Perniagaan Berasaskan Perkhidmatan

Antara contoh-contoh perniagaan internet yang berasakan perkhidmatan adalah seperti :-

  • Perkhidmatan rekabentuk grafik (logo, banner, cover ebook)
  • Perkhidmatan membina website
  • Perkhidmatan memasang perisian.
  • Perkhidmatan webhosting
  • Perkhidmatan menulis & menterjemah artikel

Perniagaan Berasaskan Produk

Bagi perniagaan internet yang berasaskan produk pula, ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis produk. Iaitu, sama ada produk fizikal ataupun produk digital.

Antara contoh perniagaan-perniagaan internet yang berasaskan produk adalah seperti:-

Produk Fizikal

  • Menjual Tikar
  • Menjual Alat Penjimatan Eletrik
  • Menjual Buku
  • Menjual Peta
  • Menjual Model Kapal Terbang
  • Menjual Menjual CD multimedia
  • Menjual CadarProduk Digital
  • Menjual Ebook
  • Menjual Perisian-perisian
  • Menjual MP3 ceramah-ceramah pembelajaran.
  • Menjual Gambar-gambar/ grafik profesional
  • Menjual video-video tutorial
  • dan bermacam-macam lagi…

Perniagaan-perniagaan internet seperti ini adalah benar dan jarang sekali ada yang menipu. Jika ada yang menipu pun peratusannya agak kecil (Sama seperti perniagaan konvensional, ada juga peniaga-peniaga yang melakukan penipuan di dalam perniagaan mereka.). Peniaga internet menggunakan internet dengan sepenuhnya untuk memasarkan produk-produk mereka. Jadi! adakah mustahil untuk anda membuat duit di internet dengan melakukan perniagaan di internet? Sudah pastinya tidak mustahil sama sekali. Anda BOLEH buat duit di internet dengan menjalankan PERNIAGAAN Internet!

Perniagaan di internet adalah sama seperti perniagaan konvensional. Rukunnya sama.. ada penjual, ada pembeli dan ada produk. Di dalam Perniagaan Internet…. tiada istilah labur duit, goyang kaki dan kemudiannya jadi kaya.

Untuk membina sebuah perniagaan internet yang berjaya bukanlah sesuatu yang terlalu mudah. Ia memerlukan usaha yang gigih dan juga ilmu pengetahuan yang tinggi, terutamanya ilmu-ilmu yang berkaitan dengan dunia perniagaan. Untuk membina sebuah perniagaan internet yang berjaya, anda perlu mempunyai ilmu mengenai “Niche Market Research”, “Product Development”, “Web Development”, “Internet Marketing”, “Search Engine Optimization(SEO)”, “Sales Letter Writing “, “Web Credibility”, “Traffic Generation” dan bermacam-macam lagi ilmu yang perlu dipelajari dan diketahui….. Membangunkan perniagaan internet, bukanlah semudah membangunkan website dan meletakkannya di internet sahaja.. ia lebih dari itu. Jadi, sememangnya tiada istilah “Duduk Diam Dapat Duit” di dalam dunia perniagaan internet.

Jika anda berminat untuk mendalami serta berkongsi ilmu tentang cara-cara membina perniagaan di internet yang betul, sertailah komuniti kami di www.wangcyber.com , banyak tips-tips serta ilmu yang membincangkan tentang cara-cara membina perniagaan internet yang berjaya dikongsikan di website tersebut.

 

Leave a Comment

Jual Burger..Untung ke.?

brgr.jpg

Antara kerja dan kerjaya mempunyai maksud yang berbeza, maksud kerja bagi saya ialah bekerja untuk orang untuk memperoleh wang manakala kerjaya pula kita bekerja untuk mendapat kekayaan dan kejayaan untuk kepentingan kita dan perniagaan kita.

Saya sering dengar antara kerja dan kerjaya, kerjaya menjadi pilihan yang lebih kepada remaja sekarang, dalam pemerhatian saya sekarang remaja lebih memilih kepada perniagaan kerana membawa keutungan yang besar dengan waktu yang singkat berbanding dengan kerja (kerja lebih dan kurang gaji sama saja.. :(

Minggu lepas saya pergi dekat kawasan Sentul, pergi beli burger ayam dekat kawasan Taman Dato’ Senu, remaja lelaki 3orang sedang bekerja keras berniaga burger..mula-mula saya perhatikan tidak ada orang tapi lepas saya bersuara bermulalah cerita.

Saya tanya dia untung ke niaga burger, dia cakap dia bukan niaga dekat sini je tapi terdapat 4 lagi buah kedai dekat kawasan KL yang dia usaha kan tapi ada orang yang jaga..Fuhh..! hebat jugak mamak nih, nampak bisnes slow tapi pendapatan gempak punya.

Saya memberanikan diri tanya keuntungan dia tiap-tiap malam, mulanya dia cakap sikit-sikit je tapi bila saya asyik bertanyakan pendapatan dia tiap-tiap malam, dia pun jawab, berapa kalau u all nak tahu..

Satu kedai tiap-tiap malam dia dapat sekurang-kurangnya RM150.00 semalaman,campur dengan 4biji kedai lagi berapa. Tapi lepas tolak modal semua keuntungan dia boleh tahan lagi la.

p/s  : Pengajaran yang dapat kita ambil dekat sini adalah, perniagaan apa pun boleh berjaya kalau ada strategi dan income bercabang..maksud saya pendapata masuk bercabang-cabang. Perniagaan yang paling saya suka adalah dalam IT.

Comments (1)

Older Posts »
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.